Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

02 November 2011

GEMPA BUMI DI TURKI










ANKARA – Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, pada 23 Oktober 13.41 waktu tempatan.
Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas Stesen televisyen NTV melaporkan 10 bangunan runtuh dan banyak rumah ranap di wilayah Van di timur Turki akibat gempa itu diikuti dengan gegaran susulan berukuran 5.6 skala Richter selepas itu.
Datuk Bandar Van, Bekir Kaya berkata, gempa itu mencetuskan panik dan menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus. 
Kebanyakan bangunan runtuh di sepanjang jalan utama bandar dan kediaman. Kira-kira 200 banduan melarikan diri selepas dinding Penjara Van runtuh. Tetapi televisyen TRT melaporkan jumlah banduan yang lari adalah kecil dan yakin mereka akan kembali ke penjara.Lapangan terbang Van Ferit Melen turut terjejas.Menurut NTV, kapal terbang telah dialihkan ke negara jiran. Akhbar Anatolia melaporkan gempa bumi tidak mengganggu lalu lintas udara.

 _______________________________________________________________________

Di Erics, iaitu bandar berhampiran Van, yang paling teruk terjejas disebabkan gempa bumi. Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van. Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat.
Idris yang kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Erics berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.
Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus, ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.

Sementara itu, agensi bencana di pejabat Perdana Menteri Turki dalam satu kenyataan berkata, gempa tersebut menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan harta benda. Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui.
Beliau melahirkan kebimbangan bahawa keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.
''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. 

No comments:

Post a Comment