Somalia, satu negara yang Allah pilih untuk diuji dengan
kebuluran, peperangan kaum yang tidak pernah henti sejak beberapa puluh tahun
yang lalu yang mengakibatkan pelbagai sistem asasi manusia seperti sistem
pengairan. Kanak-kanak Somalia pula membesar dalam keadaan yang sangat
kekurangan keperluan hidup. Andai dipandang sekilas, kelihatan tulang rusuk
yang tersusun sudah cukup untuk menafsirkan keperitan hidup yang dilaluinya.
Subhanallah, walaupunbegitu mereka masih taat mengamalkan
suruhan Allah subhanahu wata’ala. Lihatlah para wanita hatta kanak– kanak kecil perempuan,
indah bertudung labuh menghiasi diri. Mengagumkan, pendidikan agama diterapkan
sejak kecil lagi, hanya menulis di atas papan, sungguh dhaif. Tidak hairan
lagi, rakyat Somalia mengamalkan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Atas dasar
itulah, saudara seakidah kita perlu dibantu ini bertepatan dengan hadis
Rasulullah sallallahualaiwassalam :
Terjemahan
hadis :
Daripada
Saiyyidina Anas Radiallahu ‘Anhu daripada Rasulullah sallallahualaiwassalam
bersabda:
“Tidak
beriman seorangpun dalam kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia
menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
Saudara
saudariku sekalian,
Tahukah anda semua, negara manakah yang pertama sekali
menghantar bantuan ke Somalia? Jawapannya pasti terkejut buat siapa yang belum
tahu, iaitu Gaza, Palestin. Allahuakbar, walaupun negara mereka juga penuh
penderitaan akibat penjajah Israel laknatullah. Pernah diceritakan, seorang
kanak– kanak Palestin meninggal dunia dan didapati poketnya penuh dengan duit
syiling, apabila ditanya kepada sahabatnya, kanak- kanak tersebut mengumpul
duit tersebut untuk membantu saudara di Somalia. MashaAllah, lihatlah usaha
kanak- kanak tersebut. Ingatlah Allah hanya lihat usaha kita.
Akhir sekali, besarlah harapan agar pengetahuan dan
kesedaran mengenai saudara kita di Somalia terus disuburkan bukan hanya
bermusim. Mungkin apabila kita berjaya menjadi doktor nanti, peruntukkanlah
sebahagian gaji kita untuk saudara kita di Somalia, supaya masih ada sinar dan
harapan buat saudara kita di Somalia.
Wallahu
a’lam.
.::SOMALIA ON CALL::.
No comments:
Post a Comment