Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

22 April 2011

SOALAN-SOALAN SURVEY



1.     Berapa kali dalam seminggu anda mengikuti perkembangan dunia?
A-1-2 kali     B-2-5 kali    C-5-10 kali     D-10 keatas

2.     Apakah nama tempat utama di Jepun yang dilanda radiasi?
A-Kyoto     B-Miyagi     C-Fukushima

3.     Palestin mula dijajah pada tahun ke berapa?
A-1946      B-1954      C-1948

4.     Bilakah tarikh kejatuhan Khilafah Islamiah?
A-3 Mac 1924    B-1 April 1923    C-4 Mac 1924
         
5.     Revolusi Negara-negara Arab bermula dengan Negara apa?
A-Mesir     B-Yaman   C-Tunisia    D-Sudan

6.     Berapa lamakah Muammar Ghadafi telah memerintah Libya?
A-41 tahun    B-31 tahun     C-51 tahun   

7.     Berapakah bilangan rakyat Jepun yang mati dan hilang dalam gempa bumi& tsunami yang berlaku baru-baru ini?                    
A-1R – 3R      B- 40R - 50R       C-20R – 30R

8.     Apakah yang pernah berlaku di tempat bernama Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986?
A-Gempa Bumi     B- Krisis nuclear    C- Perang     D- Ribut Taufan

9.     Gempa bumi paling teruk dalam sejarah dunia?
A-Syria (Jun 1201-Mei 1202)
B-Nanshan, China (22 Mei 1927)
C-Shaanxi, China (23 Januari 1556)

21 April 2011

KEPUTUSAN SURVEY PENGETAHUAN AM AHLI PCT

Berdasarkan soalan-soalan yang ditanya dalam survey. Berikut merupakan keputusan mengikut tahun pengajian:














Berikut ialah keputusan keseluruhan pengetahuan am ahli PCT:


Soalan pertama merujuk kepada kekerapan ahli PCT menelaah berita dan isu semasa. Berikut merupakan keputusannya mengikut tahun pengajian:


Ini pula kekerapan keseluruhan ahli PCT membaca berita dan isu semasa:


KEBANGKITAN DAN PERANG SAUDARA LIBYA


PENCETUS :  
  • Jamal Al-Hajji (penulis, pengulas politik & akauntan)
  • Diinspirasikan oleh Kebangkitan Tunisia & Mesir, beliau menyarankan melalui Internet  agar rakyat mengadakan demonstrasi bagi megecapi kebebasan sebenar di Libya.

Tunisia
Mesir
PERMULAAN :
  • Pada 15 Februari 2011, seramai hanya 500-600 rakyat membuat demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat Polis di Benghazi.
  • Akan tetapi, demonstrasi tersebut telah diberhentikan oleh pihak polis secara kasar menyebabkan seramai 38 orang tercedera.
  • Pada keesokan harinya, angka kematian sudah mencecah 4 orang & seramai 3 orang tercedera.


 Revolusi di Libya

REAKSI GADAFFI :  
1)     Kata-kata
a)     "those who don't love me do not deserve to live"
2)     Menyekat segala komunikasi & media
a)     Menutup segala perhubungan melalui Internet di Libya.
b)     Rakyat Libya yang member maklumat kepada media melalui telefon telah ditangkap.
c)     Wartawan antarabangsa yang dipelawa oleh Kerajaan Libya sahaja dibenarkan mendapat laporan tentang Libya.
d)     Waratwan pertama yang telah dibunuh ialah Ali Hassan Al-Jaber, jurukamera Al-Jazeera.
3)     Mengupah askar dari negara asing
a)     Terutamanya dari Mali, Chad, Nigeria & Kenya. Ini disebabkan oleh beberapamtenteranya yang sudah beralih arah.
4)     Berperisaikan manusia
a)     Tentera Pro-Gadaffi telah menggunakan rakyat biasa sebagai perisai bagi menjaga kawasan penting seperti Bab Al-Azizia di Tripoli.
5)     Membunuh penderhaka
a)     Komander Gadaffi telah membakar askar-askar yang enggan melawan pembantah secara hidup-hidup
6)     Layanan terhadap pembantah
a)     Gadaffi sanggup megupah samseng untuk menyerang pembantah. Malah, beliau turut menyediakan bekalan senjata bagi menyerang meraka yang berdemonstrasi.
b)     2 pejuang udara lari ke Malta sebagai tempat perlindungan kerana enggan patuh kepada arahan Gadaffi untuk mengebom rakyatnya sendiri.
Presiden Muammar Gadaffi
Ini bermakna jika Ghadaffi terus bersikap memerangi Rakyatnya yang bangkit :
  1. Perang saudara akan meletus di bandar Tripoli diantara pasukan upahannya yang lengkap bersenjata dengan rakyat yang tidak bersenjata. Ini berbeza dengan Revolusi 25 Januari di Mesir dimana sifat rakyat Mesir termasuk tenteranya adalah mesra dan berjenaka sesama mereka.
  2. Jika Rakyat menang di Tripoli, Ghadafi akan diadili sekeras-kerasnya kerana telah menyebabkan kematian ratusan atau ribuan rakyat.
  3. Jika Ghadafi menang di Tripoli, beliau akan menggerakkan tenteranya ke arah timur dan akan meletus perang saudara di antara Libya Barat berpusat di Tripoli melawan Libya Timur yang berpusat di Benghazi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang akan hancur dan terkorban ialah ribuan nyawa umat Islam Libya.

Peperangan di Libya

RUJUKAN

JEPUN TERKINI


Gempa Bumi di Jepun
PERMULAAN:

  •  Tohaku, Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 9.0 magnitude pada 11 mac 2011.
  • Ini menyebabkan Negara tersebut telah dinodai ombak besar yg dikenali sebagai Tsunami setinggi  10 meter.
  • Gempa ini berpusat 373 km dari Bandar Tokyo.
  • Jepun pada 7 April dilanda gempa bumi kuat sekali lagi berukuran 7.4 skala Richter di perairan timur laut negara ini.

KESAN            :
1)     EKONOMI
a)     Jepun terpaksa menanggung kerugian sebanyak $ 120-300 juta.
b)     Harga saham di jepun juga mengalami kejatuhan selain masalah inflasi (kenaikan harga barang).

Kesan tsunami
2)     LANDSKAP
a)     Gempa itu telah mengubah landskap kepulauan Houshu yang telah berganjak sebanyak 2.4 meter.
b)     Selain itu kadar putaran bumi telah menjadi laju sebanyak sejuta micro saat atau dalam kata lain memendekkan hari.

3)     KEBOCORAN LOJI NUKLEAR
a)     Loji nuclear di Fukushima telah bocor dan menyebabkan penduduk dalam lingkungan 30 km radius terpaksa dipindahkan.
b)     Kebocoran ini berpunca apabila alat penyejuk uranium gagal berfungsi.
c)     Selain itu, loji di Onagawa juga mengalami nasib yang sama.
d)     Ini kerana pencemaran udara yang penuh dengan uranium boleh membahayakan kesihatan dan boleh membawa kepada kematian.

4)     PERSEKITARAN
a)     Nilai kematian dianggarkan mencecah 13500 orang.
b)     Manakala yang hilang sebanyak 15700 orang.
c)     Pelabuhan dan lapangan terbang terpaksa ditutup akibat banjir selain terputusnya bekalan elektrik serta hubungan telekomunikasi terjejas.


Tsunami yang melanda
BANTUAN   :

  • PBB telah menghantar pasukan koordinasi bagi melicinkan kerja menyelamat.
  • Australia , New Zealand, Korea Selatan, AS juga telah menerbangkan pasukan pencari dan penyelamat pada keesokan harinya.
  • Tidak ketinggalan juga Malaysia dah Singapura yang membantu.
  • Lebih 70 buah Negara yang sudi menghulurkan bantuan.

PUNCA        :

  •  Kajian mendapati ujian-ujian senjata khususnya bom atom dan nuclear yang dilakukan oleh sesetengah Negara boleh menyebabkan gempa bumi.


SUMBER     :

  • http://en.wikipedia.org/wiki/Japan_tsunami_2011
  • http://donnyien.com/news/berita-terkini-tsunami-jepun-l-lebih-1000-orang-terkorban/
  • http://suraukini.blogspot.com/2011/04/krisis-nuklear-jepun-sama-seperti.html
  • http://satuumat.blogspot.com/search/label/Info%20JEPUN
  • http://english.aljazeera.net/news/asia-      pacific/2011/04/201141391712517690.html
  • http://seridewialam.blogspot.com/2011/03/kronologi-gempa-bumi-dan-tsunami-di.html
  • http://www.ratical.org/radiation/inetSeries/testsNquakes.html
  • http://satuumat.blogspot.com/2011/03/70-negara-hantar-pasukan- bantuan-ke.html
  • http://familyku-worldku.blogspot.com/2011/03/quick-glance-japans-earthquake-and.html
  • http://syurga-ilmu.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated

20 April 2011

ADAKAH KITA PRIHATIN?!


PENGENALAN



Pendahuluan
Dunia tercipta untuk bani Adam merealisasikan tugasnya sebagai hamba Allah sekaligus menggalas amanahnya sebagai Khalifah. Tangan-tangan manusialah yang mencorakkan masa hadapan dunia ini. Menyedari kepentingan memenuhi hak sesama Muslim dan tanggungjawab terhadap masyarakat sejagat, penubuhan panitia ini diharap dapat menyuntik semangat kepedulian dan kesedaran kepada ahli-ahli PCT tentang kedudukan mulia jiwa seorang manusia di atas muka bumi ini dan sekaligus membela mereka yang tertindas oleh mereka yang berhati syaitan dan bertopengkan manusia.

Apa dia Panitia Peduli dan Prihatin?
Ditubuhkan di bawah bidang kuasa Lembaga Penasihat Perubatan Cawangan Tanta (PCT).

Kenapa ditubuhkan?
1.     Menyampaikan maklumat berkenaan isu semasa masyarakat dunia yang jarang didedahkan oleh pihak media secara berorganisai dan teratur.
2.     Membantu mengumpul dana untuk membantu misi-misi kemanusiaan termasuk untuk penduduk Palestin dan mereka yg ditimpa bencana alam serata dunia.
3.     Memupuk kesedaran kepada ahli PCT peri pentingnya isu kemanusiaan khasnya isu semasa umat Islam.
4.     Merapatkan ukhuwwah islamiah dikalangan ahli PCT.

Bila 3P ditubuhkan?
Disember 2010, hasil persepakatan AJK lama dan baru PCT dan mula bergerak pada April 2011.

Siapakah penggerak 3P?
KETUA PANITIA : Azhan bin Hamdan (PTL)
PEN. KETUA: Nurulhuda binti Ahmad Sani (PTL)
SETIAUSAHA & BENDAHARI : Megat Safuan Zakuan bin Safian (PTT)
PEN. SU& BENDAHARI: Wan NurAzim Ezzati binti Wan Abdul Rahim (PTD)




SUBUNIT MULTIMEDIA:
Ahmad Azhar bin Misran (PTPD)               
 ‘Ain Nadhirah binti Tajul Azhar (PTE)
Fathin Afiqah binti Abdul Aziz (PTD)
SUBUNIT  MAKLUMAT & PENERANGAN:
Muhammad Yusri bin Abdul Aziz (PTD)
Noor Laila binti Azmi (PTD)                                            
Fasihah Sulaman (PTS)
SUBUNIT TUGAS-TUGAS KHAS
Muhammad Haniff bin Isa (PTD)
Farhana Aisyah binti Matdzri (PTS)
Anis Salwa binti Amin (PTS)
SUBUNIT DANA & JUALAN:
Muhammad Firdaus bin Jumodi (PTPD)                                             
Arni Nuruljannah binti Omor Khan (PTD)
Zaiyan Masturah binti Mohd Yasin (PTS)
SUBUNIT DOKUMENTARI, KEMPEN DAN PUBLISITI :
Muhammad Wawaeni bin Ubaideellah  (PTD)                                            
Siti Maisarah binti Razali (PTD)
Fathin ‘Aqilah binti Abdul Aziz (PTD)

Bagaimana 3P berfungsi?
Laman blog, kempen, jualan amal, tayangan video, kutipan derma.