Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

10 February 2012

[UPDATED:14/2/2012] Timeline of Protest in Syria (MALAY VERSION)


GARIS MASA PROTES DI SYRIA

JAN 1, 2012 = Pertubuhan Arab Bersatu mengarahkan penarikan semula serta-merta  pemerhati-pemerhati dari  Liga Arab yang berada di Syria, disebabkan oleh kerajaan Presiden Assad yang berterusan membunuh pihak lawannya (rakyatnya) walaupun dengan kehadiran pemerhati-pemerhati tersebut.

JAN 3, 2012 = Aktivis rakyat Syria melaporkan sekurang-kurangnya 2 orang terbunuh di Hama, Syria Tengah, walaupun adanya pemerhati-pemerhati Liga Arab di situ. Liga Arab dipetik  berkata, dalam tempoh beberapa hari , mereka akan menghantar lebih kurang 50 orang lagi pemerhati ke Syria, untuk menambah bilangan pemerhati sedia ada di Syria yang berjumlah 60 orang ketika itu.

JAN 6, 2012 = Sebutir bom meletup di daerah yang berkapasiti padat di Damascus, menyebabkan 25 orang terbunuh dan mencederakan ramai lagi dalam serangan kedua di Damascus dalam tempoh 2 minggu.

JAN 10, 2012 = Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan Syria, Presiden Bashar Al-Assad menyifatkan serangan ke atas kerajaan kini, sama dengan Revolusi Islamis lewat 70-an dan awal 80-an, yang mana revolusi itu cuba untuk menjatuhkan ayah beliau; Hafez. Hafez telah memerintah Syria selama 3 dekad.  “Tiada ruang untuk pemberontakan – ia mesti dihapuskan,” tegas Presiden Assad.

JAN 11, 2012 = Presiden Assad muncul pertama kalinya di hadapan umum sejak penentangan terhadap beliau dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu, dalam perhimpunan rakyat yang diadakan di Dataran Umayad di Damascus. Beliau berterima kasih kepada rakyat yang menyokong beliau dan bersumpah akan menghapuskan, yang beliau sifatkan sebagai, konspirasi penentangan dalam negara beliau. Pada hari yang sama, seorang jurnalis Perancis dilaporkan terbunuh dalam serangan di perhimpunan pro-kerajaan di Homs.

JAN 12, 2012 = Pegawai Menteri  Hubungan Luar Turki menyatakan bahawa sebuah kapal Rusia disyaki membawa senjata-senjata ke Syria, kerana mereka (kapal Rusia) memberi alasan mereka dalam urusan rasmi dari Kesatuan Eropah dan menerima, yang pihak Turki sifatkan sebagai, pemeriksaan yang tidak menyeluruh, sewaktu kapal tersebut singgah di Cyprus sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Syria. Walau bagaimanapun, pegawai tersebut tidak dapat menyatakan secara pasti tentang barangan yang dibawa kapal Rusia tersebut.

JAN 15, 2012 = Presiden Assad mengeluarkan perintah pengampunan untuk salah laku yang dilakukan sepanjang tempoh pemberontakan 10 bulan. Perintah itu, seperti yang dilaporkan oleh State-run News Agency, SANA; dikeluarkan, atas alasan Liga Arab mahu membuat pertemuan pada 22 Jan ini bagi mengetahui perkembangan terbaru di Syria dan juga disebabkan oleh Setiausaha Agung Negara-Negara Bersatu, Ban Ki-moon yang mengesa beliau untuk berhenti berlaku kejam dan membunuh rakyatnya sendiri.

JAN 17, 2012 = Kekejaman berlarutan. Beberapa aktivis melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di seluruh negara. Di wilayah utara Idlib, bom yang diletakkan di tepi jalan meletupkan sebuah bas mini, menyebabkan sekurang-kurangnya 8 penumpang terbunuh, seperti yang dlaporkan  oleh Penyelarasan Jawatankuasa Tempatan. Kumpulan aktivis turut melaporkan bahawa anggota keselamatan Syria menyerang beberapa kawasan kejiranan di Homs, Syria Tengah, mengorbankan hampir 15 orang dan turut ditemui jasad 3 anggota tentera yang keluar dari tentera, di perkuburan  Ariha yang terletak di wilayah Idlib.

JAN 18, 2012 = Menteri Luar Rusia, Sergey V. Lavrov, memberi amaran bahawa sokongan antikerajaan yang semakin kuat di Timur Tengah dan Utara Afrika akan membawa kepada  ‘perang besar’. Beliau berkata Rusia akan menggunakan kuasa vetonya dalam PBB untuk mengarahkan serangan tentera kepada sesiapa yang menentang kerajaan Basyar di Syria.

JAN 23, 2012 = Kerajaan Basyar mengkritik dan menolak usul keamanan yang dikeluarkan oleh Liga Arab. Usul keamanan itu mengkehendaki Basyar untuk melepaskan jawatannya kepada timbalannya. Basyar menyifatkannya sebagai pencabulan ke atas undang-undang Syria secara terang-terangan dan menjadikan ini sebagai satu bukti konspirasi.

JAN 24, 2012 = Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem, mengatakan bahawa mereka akan bertindak tegas terhadap kumpulan bersenjata yang baru-baru ini berani mencabar anggota keselamatan mereka.

JAN 25, 2012 = Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Arab Syria, Dr Abd-al-Razzaq Jbeiro, dan seorang paderi Kristian, Rev. Basilious Nasser, telah terbunuh dalam rusuhan yang berlaku di dalam Syria. Sekurang-kurangnya 25 negara telah bersatu untuk membatalkan keahlian Syria dalam dua pertubuhan dari tiga pertubuhan ini; United Nations Educational, Scientific and Cultural Organizations ataupun Unesco. Pertubuhan-pertubuhan ini menangani hak asasi manusia.

JAN 30, 2012 = Pegawai British dan Perancis mengatakan bahawa resolusi yang diusulkan oleh Liga Arab awal bulan ini, mempunyai penyokong yang cukup untuk dibuat undian di PBB dan sekaligus berjaya memaksa Rusia dan juga China untuk menggunakan kuasa vetonya. Jurucakap David Cameron mengatakan bahawa Rusia ‘tidak mempunyai alasan lagi’ untuk menidakkan tindakan PBB dan Hilary Clinton, Setiausaha Agung AS, ‘menggesa’ PBB untuk membantu menghentikan kekejaman.

FEB 1, 2012 = Draf resolusi PBB ke atas Syria yang mengesa Basyar berundur disiapkan.

FEB 4, 2012 = Tentera Syria menyerang secara besar-besaran di Homs dan sekurang-kurangnya 260 penduduk Syria dibunuh dalam pembunuhan kejam itu. Kerajaan Syria menafikan serangan itu dari mereka dan menyalahkannya sebagai serangan ‘orang yang bersenjata’.  Perbincangan resolusi PBB terpaksa ditunda ke hujung minggu kerana Rusia enggan menandatangani draf resolusi tersebut.

FEB 6, 2012 = Rusia dan China menggunakan kuasa veto mereka dan menyifatkan resolusi PBB ke atas kerajaan Basyar sebagai ‘tidak boleh difahami’ dan ‘tidak boleh dimaafkan’.

FEB 7, 2012 = Israel akan mengambil tindakan sewajarnya supaya senjata kimia Syria tidak jatuh ke tangan Hizbullah di Lebanon seandainya kerajaan Basyar jatuh.

FEB 8, 2012 = lebih dari 100 orang terbunuh dalam tempoh kurang dari 24 jam apabila kereta kebal Basyar memasuki Homs. Antaranya ialah 3 keluarga, termasuk sekurang-kurangnya 3 bayi dan 18 bayi pra-matang apabila sumber bekalan tenaga hospital terputus. Dalam perbualan telefon selama setengah jam dengan Servey Lavrov, Menteri Luar Rusia, memaklumkan akan keadaan Homs kini, Servey mengatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan Basyar menyerang Homs. Beliau menambah lagi bahawa Basyar telah meyakinkan beliau bahawa Basyar tidak akan menggunakan senjata yang berat ke atas rakyatnya sendiri.

FEB 10, 2012 = Rusia menuduh Barat sebagai ‘bersubahat dengan penjenayah’ dalam krisis Syria, dengan memaksa Basyar berundur. Sergei Ryabkov, Timbalan Menteri Luar Rusia, menekankan bahawa Basyar akan membentuk satu perlembagaan baru dan akan berusaha ke arah pilihan raya. Beliau menyalahkan pihak pembangkang di Syria atas apa yang berlaku di Syria sekarang dan berpendapat pihak pembangkang inilah yang harus bertanggungjawab dan memikirkan cara untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut. Ryabkov menambah lagi dengan menyatakan punca utama terjadinya begini adalah kerana kedegilan pihak pembangkang, dan sokongan dari Barat telah menjadikan keadaan di Syria semakin teruk. (Barat menyokong resolusi PBB yang mahu Basyar berundur)

-----------------------------------------------UPDATED-------------------------------------------------


FEB 11, 2012 = Setiausaha Luar; William Hague mengumumkan inisiatif New British untuk mengumpul bukti-bukti mengenai kekejaman yang berlaku di Syria.  Satelit AS merakamkan pergerakan Tentera Syria:



FEB 12, 2012 = Pimpinan Al-Qaeda; Ayman al-Zawahri menggesa warga Syria untuk tidak bergantung kepada Barat mahupun kerajaan-kerajaan Arab dalam kebangkitan mereka menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad. “Jika kita mahukan kebebasan, KITA mesti bebaskan diri kita dari rejim ini. Jika kita mahukan keadilan, KITA harus berlawan dengan rejim ini.” kata Zawahri.

Selain itu, di Kaherah, Liga Arab telah bersidang berkenaan krisis di Syria dan bersetuju untuk menarik semula semua pemerhati yang berada di Syria, memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Syria dan mengadakan sekatan ekonomi. Liga Arab juga memutuskan untuk membuka saluran komunikasi dengan pihak pembangkang Syria dan akan menberikan sokongan dalam segala bentuk politik mahupun material.

Sementara pimpinan Arab ini bertemu, roket-roket berterusan jatuh di kubu-kubu kuat pihak pembangkang Syria di sekitar Homs. Para aktivis melaporkan lebih dari 500 syahid sejak 4 Februari lepas. Krisis Syria sudah masuk bulan yang ke-sebelas, dan setakat ini mendakwa mempunyai  5400 penduduk yang masih hidup.

FEB 13, 2012 = Menteri Luar Rusia; Sergei Lavrov berkata bahawa Rusia sedang meneliti usul Keamanan yang dikeluarkan oleh PBB-Liga Arab tetapi berkeras supaya Syria mengadakan gencatan senjata sebelum usul ini boleh diambil tindakan.

Di samping itu, Britain bersetuju untuk menyediakan dana dan sokongan bagi misi keamanan PBB-Liga Arab tetapi bukan bantuan dari segi ketenteraan untuk dihantar ke Syria. Rusia tetap dengan pendiriannya mahukan gencatan senjata di Syria sebelum mereka bersetuju dengan usul keamanan itu. China pula masih mahukan pendekatan politik untuk menyelesaikan krisis Syria ini.

Sementara itu, kawasan kejiranan Baba Amr diserang secara tidak berkala sejak pukul 5 pagi oleh Tentera Syria. Para aktivis mengatakan bahawa kedengaran bunyi bom meledak dan serangan meriam tetapi tidak dapat dipastikan jumlah yang syahid kerana talian telefon sudah diputus.



Dilaporkan oleh : Wan Nur Azim Ezzati binti Wan Abdul Rahim

No comments:

Post a Comment