GARIS MASA PROTES DI SYRIA (14/2-2/3)
FEB 14 – Serangan yang tidak putus-putus dari tentera Basyar
telah menyebabkan talian untuk berkomunikasi terputus, pihak aktivis Homs
terpaksa menggunakan khidmat burung merpati untuk berkomunikasi antara satu
sama lain.
FEB 15 – Perhimpunan Agung PBB akan mengundi esoknya untuk
resolusi baru yang menyeru Basyar menghentikan serangannya terhadap rakyat
Syria.
Satu letupan dilaporkan telah
mengenai saluran paip minyak mentah; menyebabkan udara wilayah Homs dicemari
dengan kepulan asap hitam yang tebal.
FEB 16 – China; dikritik keras kerana tindakannya yang
menggunakan kuasa veto dalam undian sebelum ini, bertindak untuk menghantar
Timbalan Menteri Luar China; Zhai Jun untuk mendesak pimpinan Syria berundur.
Pasukan Keselamatan Syria menangkap
blogger; Razan Ghazzawi dan beberapa aktivis kemanusiaan di tengah Damascus
awal tengah hari tadi. Razan Ghazzawi merupakan seorang blogger Syria yang
menulis mengenai revolusi yang berlaku di Syria.
FEB 17 – “Bayangkan kamu seorang kristian yang ditugaskan
mengawal satu kawasan dan ada seorang lagi kristian di hadapan kamu. Di
belakang kamu merupakan seorang muslim yang memberikan kamu pilihan untuk
membunuh mereka atau kamu yang akan dibunuh. Apa yang akan kamu lakukan ?
Itulah yang sebenarnya berlaku kepada saya, kecuali di hadapan saya ialah
seorang muslim sunni.” kata bekas tentera rejim Basyar; Fouad. Fouad sekarang
berada di barisan tentera yang bersama rakyat Syria.
“Kita
perlu mengambil semua tindakan yang kita boleh lakukan dan meletakkan tekanan
semaksimumnya ke atas Basyar untuk dia menghentikan tindakan kejamnya” kata
Perdana Menteri Britain; David Cameron.
Ribuan
rakyat Syria berkumpul hari ini untuk mendesak Basyar turun dari menjadi
pemimpin.
FEB 19 – Tentera Basyar melepaskan tembakan ke arah 15 000 hadirin
yang menghadiri majlis pengebumian yang terbunuh sewaktu protes jumaat lepas.
Majlis pengebumian itu bertukar menjadi perhimpunan protes yang terbesar ke
atas Basyar.
FEB 20 – Wilayah Homs digegar lagi dengan serangan dari
tentera Basyar. Aktivis Homs mengatakan bahawa bekalan makanan dan perubatan
semakin berkurang. Menurut aktivis, beberapa ratus penduduk telah terbunuh
dalam serangan tersebut.
2 buah
kapal tentera laut Iran berlabuh di pelabuhan Tartous, Syria. Ini menimbulkan
kebimbangan kepada pihak barat. Kementerian Luar Israel mengatakan mereka
mengawasi kapal-kapal tersebut.
FEB 21 – Pihak Pembangkang Syria menggesa PBB dan Liga Arab
untuk mengambil tindakan menghentikan serangan kejam Basyar ke atas rakyat
Syria di Wilayah Homs. Turut menggesa adalah Red Cross. Mereka menggesa untuk
diadakan gencatan senjata selama 2 jam setiap hari bertujuan untuk memudahkan
kerja-kerja perubatan sampai kepada rakyat Syria.
FEB 22 – Tentera Kerajaan Syria bersedia untuk menyerang
Homs sekali lagi selepas lebih dari 60 orang terbunuh dalam siri serangan
sebelum ini.
FEB 23 – Setiausaha Luar; William Hague menggesa presiden
Assad berhenti membunuh rakyat Syria, dipercayai sudah lebih 7000 orang yang
syahid.
FEB 24 – Ketua negara-negara Arab dan barat berhimpun di
Tunisia bagi menggesa pimpinan Syria untuk membenarkan bantuan sampai kepada
Homs, Deraa, Zabadani dan wilayah-wilayah yang dikepung. Mereka juga menyeru
supaya Damascus menghentikan serangan-serangannya dan berikrar akan menghantar
bantuan kemanusiaan jika Syria ‘menghentikan serangannya ke atas kawasan
perumahan.’
Penyiasat
PBB menuduh kerajaan Syria melakukan kesalahan melanggar akta kemanusiaan,
menandakan bahawa presiden Assad patut didakwa.
Walaupun
dipercayai lebih dari 7000 sudah syahid, US dan Britain masih lagi berpendirian
bahawa tidak perlu kepada campur tangan tentera meskipun diminta oleh pihak
pembangkang di Syria.
FEB 25 – Ambulans dari Persatuan Bulan Sabit Merah Syria
memulakan misinya membawa keluar pesakit-pesakit dari daerah Homs. Tidak dapat
dipastikan lagi ke mana ketujuh-tujuh pesakit ini dibawa. Pesakit-pesakit ini
terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Barack
Obama mengisytiharkan US dan sekutunya akan mempertimbangkan segala ‘alat’ yang
ada untuk menghentikan kekejaman yang berlaku di Syria.
FEB 27 – Siaran Televisyen Kebangsaan Syria merakamkan
Presiden Basyar dan isteri keluar untuk mengundi referendum yang membentuk
perlembagaan baru yang mana Basyar akan memegang pimpinan sampai 2028.
FEB 28 – Hampir 13 aktivis terbunuh dalam usaha mengeluarkan
journalis British dari Syria ke Lebnon.
FEB 29 – Tentera Syria menyerang daerah Baba Amr, dalam
usaha untuk ‘mengambil’ wilayah Homs.
Mac 1 – Episod paling merah dalam perang Syria apabila
tentera regim menyerang dan menakluk kubu paling kuat rakyat di Homs.
Mac 2 – “Terpulang kepada rakyat Syria untuk menentukan
siapa yang bakal menerajui mereka. Kita kena pastikan mereka berhenti membunuh
satu sama lain. Kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan presiden
Assad. Kami hanya berminat supaya masalah ini diselesaikan.” Kata Presiden
Russia; Vladimir Putin. Komen ini menandakan perubahan drastik dalam polisi
Rusia.
Dilaporkan oleh : Wan Nur Azim Ezzati binti Wan Abdul Rahim
No comments:
Post a Comment