Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

21 April 2011

KEBANGKITAN DAN PERANG SAUDARA LIBYA


PENCETUS :  
  • Jamal Al-Hajji (penulis, pengulas politik & akauntan)
  • Diinspirasikan oleh Kebangkitan Tunisia & Mesir, beliau menyarankan melalui Internet  agar rakyat mengadakan demonstrasi bagi megecapi kebebasan sebenar di Libya.

Tunisia
Mesir
PERMULAAN :
  • Pada 15 Februari 2011, seramai hanya 500-600 rakyat membuat demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat Polis di Benghazi.
  • Akan tetapi, demonstrasi tersebut telah diberhentikan oleh pihak polis secara kasar menyebabkan seramai 38 orang tercedera.
  • Pada keesokan harinya, angka kematian sudah mencecah 4 orang & seramai 3 orang tercedera.


 Revolusi di Libya

REAKSI GADAFFI :  
1)     Kata-kata
a)     "those who don't love me do not deserve to live"
2)     Menyekat segala komunikasi & media
a)     Menutup segala perhubungan melalui Internet di Libya.
b)     Rakyat Libya yang member maklumat kepada media melalui telefon telah ditangkap.
c)     Wartawan antarabangsa yang dipelawa oleh Kerajaan Libya sahaja dibenarkan mendapat laporan tentang Libya.
d)     Waratwan pertama yang telah dibunuh ialah Ali Hassan Al-Jaber, jurukamera Al-Jazeera.
3)     Mengupah askar dari negara asing
a)     Terutamanya dari Mali, Chad, Nigeria & Kenya. Ini disebabkan oleh beberapamtenteranya yang sudah beralih arah.
4)     Berperisaikan manusia
a)     Tentera Pro-Gadaffi telah menggunakan rakyat biasa sebagai perisai bagi menjaga kawasan penting seperti Bab Al-Azizia di Tripoli.
5)     Membunuh penderhaka
a)     Komander Gadaffi telah membakar askar-askar yang enggan melawan pembantah secara hidup-hidup
6)     Layanan terhadap pembantah
a)     Gadaffi sanggup megupah samseng untuk menyerang pembantah. Malah, beliau turut menyediakan bekalan senjata bagi menyerang meraka yang berdemonstrasi.
b)     2 pejuang udara lari ke Malta sebagai tempat perlindungan kerana enggan patuh kepada arahan Gadaffi untuk mengebom rakyatnya sendiri.
Presiden Muammar Gadaffi
Ini bermakna jika Ghadaffi terus bersikap memerangi Rakyatnya yang bangkit :
  1. Perang saudara akan meletus di bandar Tripoli diantara pasukan upahannya yang lengkap bersenjata dengan rakyat yang tidak bersenjata. Ini berbeza dengan Revolusi 25 Januari di Mesir dimana sifat rakyat Mesir termasuk tenteranya adalah mesra dan berjenaka sesama mereka.
  2. Jika Rakyat menang di Tripoli, Ghadafi akan diadili sekeras-kerasnya kerana telah menyebabkan kematian ratusan atau ribuan rakyat.
  3. Jika Ghadafi menang di Tripoli, beliau akan menggerakkan tenteranya ke arah timur dan akan meletus perang saudara di antara Libya Barat berpusat di Tripoli melawan Libya Timur yang berpusat di Benghazi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang akan hancur dan terkorban ialah ribuan nyawa umat Islam Libya.

Peperangan di Libya

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment