Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

02 November 2011

BANJIR DI THAILAND MAKIN PULIH





Secara keseluruhan, situasi di Thailand semakin pulih dengan air mulai surut di kawasan utara dan tengah negara itu selepas berdepan banjir paling teruk dalam tempoh 5 dekad disebabkan monsun. 

Pusat Operasi Bantuan Banjir (FROC) menganggarkan kira-kira 5.5  juta meter padu limpahan air dari kedua- dua kawasan banjir bakal dialihkan ke Tasik Siam dalam tempoh 10 hari.

Pengarah FROC, Plodprasop Suraswadi berkata fokus ketika ini mangalihkan limpahan air sebelum air pasang yang tinggi akan berlaku pada 10 November dan 13 November ini.

Beliau berkata situasi banjir di Bangkok bertambah baik selepas berdepan limpahan air dan musim air pasang yang tinggi selama tiga hari yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, Timbalan Gabenor Bangkok Thirachon Manomaipiboon memberi amaran bahawa seluruh Bangkok masih diletakkan dalam kedaan berjaga- jaga kerana masih terdapat bahaya ekoran limpahan air banjir yang melalui ibu negara tersebut sebelum masuk ke laut. 

Tinjauan mendapati kebanyakan kedai di ibu negara yang terletak di kawasan bertanah ,masih mengekalkan guni pasir dan tembok banjir sementara setinggi kira- kira 0.6 meter, yang dibina bagi melindungi  harta mereka daripada banjir.

Dilaporkan, kira- kira satu pertiga daripada Thailand masih digenangi air dengan lebih dua juta penduduk dan lebih daripada 10,000 kampung di 26 wilayah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lalu.Tanaman padi di sepanjang Sungai Chao Phraya habis tenggelam, musnah akibat banjir. Banjir ini telah menenggelamkan hampir 6 juta ekar tanah, di mana 1 juta ekar daripadanya merupakan tanah pertanian. Tanah runtuh juga berlaku terutama di wilayah Rayong di mana 2/3 kilang ditempatkan.




No comments:

Post a Comment