Somalia,kenapa kita harus peduli?
Sekurang-kurangnya
10 juta penduduk terjejas teruk akibat kemarau yang melanda kawasan tanduk Afrika
dan setiap hari hampir 1,000 penduduk datang untuk mendapatkan bantuan di Kem
pelarian Dadaab,timur Kenya.
Seramai 1,300
anak-anak Somalia mati kebuluran setiap hari.Bayi yang berusia setahun pula
hanya mempunyai fizikal seperti bayi yang baru dilahirkan.Bagi sesetengah
ibu,mereka terpaksa membiarkan anak yang kekurangan gizi menunggu ajal demi
menyelamatkan anak-anak mereka yang lain.Apa dipamerkan melalui gambar-gambar
dan video di internet mahupun televisyen tidak sekali-kali dapat menggambarkan
cerita sebenar penderitaan mereka.
Sungguhpun
bantuan kecemasan seperti ini adalah amat kritikal, kita seharusnya berfikir
lebih jauh agar mereka tidak selama-lamanya bergantung hidup kepada bantuan
luar. UNHCR berada di Dadaab sejak 21 tahun lalu, namun tempoh selama itu tidak
merubah paradigma hidup pelarian Somalia. Maka lahirlah generasi pelarian yang
hidup dengan hanya mengharapkan bantuan, sehinggakan kaum lelaki malas bekerja
dan mengharapkan wanita menjalankan hampir seluruh urusan keluarga.
Bagi UNHCR, mungkin senario ini bukan suatu masalah kerana urusan
pelarian adalah tugas dan “perniagaan” asas mereka. Tetapi bagi kita masyarakat
prihatin, terutama sekali kaum Muslimin, kita berhajat supaya pelarian Somalia
ini mampu berdikari dan maju ke hadapan.Justeru,dana yang lebih besar
diperlukan untuk melaksanakan misi ini.
Hulurkan
bantuan,ringankan beban
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti
sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus
biji.Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha
luas,Maha mengetahui”
Al-Baqarah ayat 261
Sabda Rasulullah.s.a.w:
"Sifat seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti satu
badan.Apabila satu anggota sakit,maka seluruh badan akan berjaga malam dan
merasai demam"
Penduduk Dadaab dan
selatan Somalia adalah saudara seakidah kita. Jangan biarkan misi bantuan
Talian Hayat Untuk Somalia ini terhenti di sini. Buktikan komitmen kita kepada
ummah. Bantulah mereka, sekarang!dengan apa juga cara yang kita ‘mampu’.
::SOMALIA ONCALL::
No comments:
Post a Comment