Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu. Teruskan membaca:
Perdana
Menteri Palestin Ismail Haniyeh, mencadangkan agar dibentuk Tentera Baitul
Maqdis yang terdiri dari negara-negara Arab dan negara revolusi bagi
membebaskan Jerusalem dan al-Aqsa serta menekankan pada masa yang sama bahawa
penentangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan untuk Pembebasan tanah
Palestin.
Haniyeh berkata demikian semalam, Rabu 14/12/2011, semasa
sambutan perayaan ulang tahun ke-24 Batalion Hijau, Hamasa di Sememnanjung Gaza.
Perdana Menteri menekankan kesediaan kerajaan beliau untuk berkongsi
pihak berkuasa Mesir bagi melindungi keselamatan Sinai dan menyatakan bahawa rejim Zionis
Israel cuba untuk menimbulkan huru-hara di Sinai Mesir dan menuduh sesetengah
pejuang Palestin bertindak melakukannya.
Haniyeh berkata: “Keselamatan Mesir adalah sebahagian daripada
keselamatan kita di Gaza dan keselamatan Mesir adalah keselamatan kami juga.
Manakala pilihan penentantangan bersenjata, Haniyeh berkata:
“Tentangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan untuk Pembebasan tanah
Palestin dari laut ke sungai, Hamas merupakan perintis utama projek, intifada
pertama dilakukan oleh Hamas.
Israel cuba untuk menimbulkan huru-hara di Sinai Mesir dan menuduh sesetengah pejuang Palestin bertindak melakukannya.
Sumber: Aman Palestin
Oleh: Fasihah binti Sulaman
Oleh: Fasihah binti Sulaman
No comments:
Post a Comment