Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

12 March 2012

Untukmu Palestine dan Syria

Assalamualaikum w.b.t

Bersempena dengan pelancaran Mini Pavilion (MAP),alhamdulillah Unit 3P telah bergabung tenaga dengan pihak penganjur MAP untuk menjayakan kempen kemanusiaan yang tertumpu pada isu semasa Timur Tengah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Mesir,khususnya Muhafazah Tanta. Mini Pavilion bakal berlangsung selama 7 hari bermula dari 15 Mac - 21 Mac 2012 inshallah. Pada mesyuarat yang telah diadakan hari ini, pihak MAP dan 3P sebulat suara untuk bersama-sama mengadakan pameran yang tertumpu pada isu Palestin dan Syria. 

Semua ahli PCT sangat dialu-alukan untuk menghadirkan diri sepanjang hari pameran bagi menunjukkan sokongan anda terhadap kepentingan dan perjuangan saudara Islam kita yang berada di kedua-dua negara bergolak ini. Sama-samalah kita ikhlaskan hati panjatkan doa buat mereka yang sedang dilanda musibah dan telah gugur sebagai syahid kerana kekuatan umat Islam itu adalah doa. Semoga syurga yang abadi menanti mereka sebagai balasan di akhirat kelak, ameen.


Maklumat lanjut tentang perjalanan program boleh dirujuk di :
 https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424?sk=wall




"Ma tusbiqu min ummah ajalaha wa ma yasta'khiruun"
(tidak ada satu umat pun yang dapat menyegerakan ajalnya dan tidak pula menangguhkannya)

Laporan oleh : Shahera , Unit Penerangan 3P.




No comments:

Post a Comment