BANGKOK: Ibu negara
Thailand, Bangkok kelihatan sudah mulai surut daripada banjir yang melanda
beberapa wilayah dan sekitarnya di utara, tetapi arahan berpindah masih
dikeluarkan setiap hari di daerah luar manakala penduduk masih lagi berhadapan
dengan minggu-minggu yang sukar.
Jabatan Saliran dan Pencegahan Bencana semalam berkata, seramai 562 penduduk maut dalam banjir yang melanda sejak Julai lalu dan sejumlah 22 daripada 77 wilayah di Thailand masih lagi terjejas.
Banjir mulai surut di
beberapa bahagian di Bangkok, tetapi disifatkan masih lagi tinggi di tebing
barat sungai Chao Phraya, yang mengalami air pasang besar di Teluk Thailand
serta di timur ibu negara itu di mana pihak berkuasa mengalihkan aliran banjir
dari utara untuk melindungi kawasan tengah Bangkok daripada tenggelam.
No comments:
Post a Comment