Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

14 August 2011

Shantah Ramadhan menjangkau 12 000 LE

TANTA, 13-14 OGOS- Satu program yang julung-julung kalinya diadakan telah sampai ke fasa klimaks iaitu fasa pengagihan, Program Shantah Ramadhan yang dianjurkan oleh Panatia Peduli dan Perihatin (3P) PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT), merupakan program yang bertujuan untuk mengalakkan ibadah bersedekah pada bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan.

Program ini telah bermula dengan fasa kutipan sumbangan seawal 18 Julai 2011 hingga 7 Ogos 2011, sepanjang fasa ini AJK-AJK program giat mengiklankan serta bergerak rumah kerumah untuk mengutip sumbangan daripada ahli PCT, mekanisma yang digunakan untuk program  ini ialah, menetapkan sumbangan sebanyak 30 LE per shantah, yang digunakan untuk membeli makanan asasi penduduk mesir, dan dipaketkan ke dalam shantah yang berasingan untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit di Hospital Universiti Tanta. Sepanjang fasa ini, sumbangan sebanyak 12 000 LE, telah berjaya dikutip dan menjadikan kesemuanya 400 shantah, jumlah ini menjangkau jauh dari sasaran asal iaitu sebanyak 4500 LE untuk 150 shantah.

Pada fasa kemuncak ini, 400 shantah ini diagihkan kepada pesakit-pesakit di Hospital Universiti Tanta. Seramai 102 orang sukarelawan dari kalangan ahli PCT dan AJK program berserta AJKT-AJKT PCT telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan kemudiannya dibahagikan mengikut wad-wad hospital. Fasa pengagihan Syantah Ramadhan ini mengambil masa selama dua hari untuk proses pengagihan yang lancar. Pada hari pertama proses pengagihan, kumpulan pertama sukarelawan telah begerak ke Hospital Universiti Tanta untuk mengagihkan 200 shantah pada hari pertama, program bertambah seri dengan kehadiran wakil PERUBATAN Pusat iaitu saudara Mohd Hazwan bin Rusli, Setiausaha Agung PERUBATAN sesi 2011/2012. Pada hari kedua, proses pengagihan 200 shantah yang berbaki telah dijalkankan dengan jayanya.

“Saya amat berbangga dapat terlibat dalam program ini, yang merupakan idea asal daripada ahli PCT sendiri, selain itu saya berasa bahagia melihat pesakit-pesakit tersenyum dan ada juga yang menangis, apa bila menerima bunkusan Shantah Ramadhan, saya merasakan bahawa program ini mungkin boleh diteruskan bersempena Syawal yang bakal tiba dan seterusnya program ini dapat diaplikasikan di cawangan-cawangan PERUBATAN yang lain”, kata Saudara Mohammad Luqman Hakim, Mahasiswa Tahun Satu, Universiti Tanta, yang merupakan salah seorang sukarelawan dalam program ini.
 
 
 
“Alhamdulillah, Program Shantah Ramadhan yang dirancang sebulan yang lepas berjalan dengan lancar. Bermula dengan promosi dan kutipan sumbangan daripada ahli PCT yang mencecah 12 000 LE dan kemuncaknya pada 13 dan 14 Ogos iaitu pengagihan Shantah Ramadhan di Hospital Universiti Tanta.”, kata pengarah program Shantah Ramadhan saudara Azhan bin Hamdan Mahasiswa Tahun Lima, Universiti Tanta. “Akhirnya, saya mewakili ajk pelaksana program mengucapkan jutaan terima kasih atas semua sumbangan yang diberikan  samada sumbangan kewangan mahupun  tenaga. Semoga Allah merahmati usaha kecil kita pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa yang mendatang”, tambah beliau lagi semasa  ditemuramah oleh wartawan mediaPERUBATAN PCT.

Akhir sekali diharapkan agar semua mahasiswa di Tanta dan Mesir umumnya, dapat menjiwai ibadah sedekah yang dilakukan semoga ianya diterima oleh Allah Taala, selari dengan hadis Rasulullah, “Allah s.w.t tidak memandang kepada solat seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya”, dalam hadis ini jelas bahawa solat(ibadah) yang tidah dijiwai oleh hati tidak mendapat apa pun melainkan penat lelah sahaja.

** Syantah = beg plastik
** LE= Egyptian Pound (mata wang negara Mesir)


Disediakan Oleh: Azizan bin Asmuni
 

No comments:

Post a Comment