Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.
Showing posts with label Somalia. Show all posts
Showing posts with label Somalia. Show all posts

03 November 2011

Somalia Oncall


Somalia,kenapa kita harus peduli?

     Sekurang-kurangnya 10 juta penduduk terjejas teruk akibat kemarau yang melanda kawasan tanduk Afrika dan setiap hari hampir 1,000 penduduk datang untuk mendapatkan bantuan di Kem pelarian Dadaab,timur Kenya.



     Seramai 1,300 anak-anak Somalia mati kebuluran setiap hari.Bayi yang berusia setahun pula hanya mempunyai fizikal seperti bayi yang baru dilahirkan.Bagi sesetengah ibu,mereka terpaksa membiarkan anak yang kekurangan gizi menunggu ajal demi menyelamatkan anak-anak mereka yang lain.Apa dipamerkan melalui gambar-gambar dan video di internet mahupun televisyen tidak sekali-kali dapat menggambarkan cerita sebenar penderitaan mereka.

     Sungguhpun bantuan kecemasan seperti ini adalah amat kritikal, kita seharusnya berfikir lebih jauh agar mereka tidak selama-lamanya bergantung hidup kepada bantuan luar. UNHCR berada di Dadaab sejak 21 tahun lalu, namun tempoh selama itu tidak merubah paradigma hidup pelarian Somalia. Maka lahirlah generasi pelarian yang hidup dengan hanya mengharapkan bantuan, sehinggakan kaum lelaki malas bekerja dan mengharapkan wanita menjalankan hampir seluruh urusan keluarga.
     Bagi UNHCR, mungkin senario ini bukan suatu masalah kerana urusan pelarian adalah tugas dan “perniagaan” asas mereka. Tetapi bagi kita masyarakat prihatin, terutama sekali kaum Muslimin, kita berhajat supaya pelarian Somalia ini mampu berdikari dan maju ke hadapan.Justeru,dana yang lebih besar diperlukan untuk melaksanakan misi ini.
Hulurkan bantuan,ringankan beban



“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas,Maha mengetahui”

Al-Baqarah ayat 261

Sabda Rasulullah.s.a.w:

"Sifat seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti satu badan.Apabila satu anggota sakit,maka seluruh badan akan berjaga malam dan merasai demam"
     Penduduk Dadaab dan selatan Somalia adalah saudara seakidah kita. Jangan biarkan misi bantuan Talian Hayat Untuk Somalia ini terhenti di sini. Buktikan komitmen kita kepada ummah. Bantulah mereka, sekarang!dengan apa juga cara yang kita ‘mampu’.
::SOMALIA ONCALL::

25 October 2011

MASIHKAH ADA HARAPAN DI SOMALIA?


Somalia, satu negara yang Allah pilih untuk diuji dengan kebuluran, peperangan kaum yang tidak pernah henti sejak beberapa puluh tahun yang lalu yang mengakibatkan pelbagai sistem asasi manusia seperti sistem pengairan. Kanak-kanak Somalia pula membesar dalam keadaan yang sangat kekurangan keperluan hidup. Andai dipandang sekilas, kelihatan tulang rusuk yang tersusun sudah cukup untuk menafsirkan keperitan hidup yang dilaluinya.


Subhanallah, walaupunbegitu mereka masih taat mengamalkan suruhan Allah subhanahu wata’ala. Lihatlah para wanita  hatta kanak– kanak kecil perempuan, indah bertudung labuh menghiasi diri. Mengagumkan, pendidikan agama diterapkan sejak kecil lagi, hanya menulis di atas papan, sungguh dhaif. Tidak hairan lagi, rakyat Somalia mengamalkan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Atas dasar itulah, saudara seakidah kita perlu dibantu ini bertepatan dengan hadis Rasulullah sallallahualaiwassalam :
Terjemahan hadis :

Daripada Saiyyidina Anas Radiallahu ‘Anhu daripada Rasulullah sallallahualaiwassalam bersabda:

“Tidak beriman seorangpun dalam kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Saudara saudariku sekalian,

Tahukah anda semua, negara manakah yang pertama sekali menghantar bantuan ke Somalia? Jawapannya pasti terkejut buat siapa yang belum tahu, iaitu Gaza, Palestin. Allahuakbar, walaupun negara mereka juga penuh penderitaan akibat penjajah Israel laknatullah. Pernah diceritakan, seorang kanak– kanak Palestin meninggal dunia dan didapati poketnya penuh dengan duit syiling, apabila ditanya kepada sahabatnya, kanak- kanak tersebut mengumpul duit tersebut untuk membantu saudara di Somalia. MashaAllah, lihatlah usaha kanak- kanak tersebut. Ingatlah Allah hanya lihat usaha kita.


Akhir sekali, besarlah harapan agar pengetahuan dan kesedaran mengenai saudara kita di Somalia terus disuburkan bukan hanya bermusim. Mungkin apabila kita berjaya menjadi doktor nanti, peruntukkanlah sebahagian gaji kita untuk saudara kita di Somalia, supaya masih ada sinar dan harapan buat saudara kita di Somalia.

Wallahu a’lam.
.::SOMALIA ON CALL::.