GARIS MASA PROTES DI SYRIA
JAN 1, 2012 = Pertubuhan Arab Bersatu mengarahkan penarikan
semula serta-merta pemerhati-pemerhati
dari Liga Arab yang berada di Syria,
disebabkan oleh kerajaan Presiden Assad yang berterusan membunuh pihak lawannya
(rakyatnya) walaupun dengan kehadiran pemerhati-pemerhati tersebut.
JAN 3, 2012 = Aktivis rakyat Syria melaporkan
sekurang-kurangnya 2 orang terbunuh di Hama, Syria Tengah, walaupun adanya
pemerhati-pemerhati Liga Arab di situ. Liga Arab dipetik berkata, dalam tempoh beberapa hari , mereka
akan menghantar lebih kurang 50 orang lagi pemerhati ke Syria, untuk menambah
bilangan pemerhati sedia ada di Syria yang berjumlah 60 orang ketika itu.
JAN 6, 2012 = Sebutir bom meletup di daerah yang berkapasiti
padat di Damascus, menyebabkan 25 orang terbunuh dan mencederakan ramai lagi
dalam serangan kedua di Damascus dalam tempoh 2 minggu.
JAN 10, 2012 = Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung
di televisyen tempatan Syria, Presiden Bashar Al-Assad menyifatkan serangan ke
atas kerajaan kini, sama dengan Revolusi Islamis lewat 70-an dan awal 80-an,
yang mana revolusi itu cuba untuk menjatuhkan ayah beliau; Hafez. Hafez telah
memerintah Syria selama 3 dekad. “Tiada
ruang untuk pemberontakan – ia mesti dihapuskan,” tegas Presiden Assad.
JAN 11, 2012 = Presiden Assad muncul pertama kalinya di
hadapan umum sejak penentangan terhadap beliau dilancarkan kira-kira 10 bulan
lalu, dalam perhimpunan rakyat yang diadakan di Dataran Umayad di Damascus.
Beliau berterima kasih kepada rakyat yang menyokong beliau dan bersumpah akan
menghapuskan, yang beliau sifatkan sebagai, konspirasi penentangan dalam negara
beliau. Pada hari yang sama, seorang jurnalis Perancis dilaporkan terbunuh
dalam serangan di perhimpunan pro-kerajaan di Homs.
JAN 12, 2012 = Pegawai Menteri Hubungan Luar Turki menyatakan bahawa sebuah
kapal Rusia disyaki membawa senjata-senjata ke Syria, kerana mereka (kapal
Rusia) memberi alasan mereka dalam urusan rasmi dari Kesatuan Eropah dan
menerima, yang pihak Turki sifatkan sebagai, pemeriksaan yang tidak menyeluruh,
sewaktu kapal tersebut singgah di Cyprus sebelum meneruskan perjalanan mereka
ke Syria. Walau bagaimanapun, pegawai tersebut tidak dapat menyatakan secara
pasti tentang barangan yang dibawa kapal Rusia tersebut.
JAN 15, 2012 = Presiden Assad mengeluarkan perintah
pengampunan untuk salah laku yang dilakukan sepanjang tempoh pemberontakan 10
bulan. Perintah itu, seperti yang dilaporkan oleh State-run News Agency, SANA;
dikeluarkan, atas alasan Liga Arab mahu membuat pertemuan pada 22 Jan ini bagi mengetahui
perkembangan terbaru di Syria dan juga disebabkan oleh Setiausaha Agung
Negara-Negara Bersatu, Ban Ki-moon yang mengesa beliau untuk berhenti berlaku
kejam dan membunuh rakyatnya sendiri.
JAN 17, 2012 = Kekejaman berlarutan. Beberapa aktivis
melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di seluruh negara. Di wilayah
utara Idlib, bom yang diletakkan di tepi jalan meletupkan sebuah bas mini,
menyebabkan sekurang-kurangnya 8 penumpang terbunuh, seperti yang dlaporkan oleh Penyelarasan Jawatankuasa Tempatan.
Kumpulan aktivis turut melaporkan bahawa anggota keselamatan Syria menyerang
beberapa kawasan kejiranan di Homs, Syria Tengah, mengorbankan hampir 15 orang
dan turut ditemui jasad 3 anggota tentera yang keluar dari tentera, di
perkuburan Ariha yang terletak di
wilayah Idlib.
JAN 18, 2012 = Menteri Luar Rusia, Sergey V. Lavrov, memberi
amaran bahawa sokongan antikerajaan yang semakin kuat di Timur Tengah dan Utara
Afrika akan membawa kepada ‘perang
besar’. Beliau berkata Rusia akan menggunakan kuasa vetonya dalam PBB untuk
mengarahkan serangan tentera kepada sesiapa yang menentang kerajaan Basyar di
Syria.
JAN 23, 2012 = Kerajaan Basyar mengkritik dan menolak usul
keamanan yang dikeluarkan oleh Liga Arab. Usul keamanan itu mengkehendaki
Basyar untuk melepaskan jawatannya kepada timbalannya. Basyar menyifatkannya
sebagai pencabulan ke atas undang-undang Syria secara terang-terangan dan
menjadikan ini sebagai satu bukti konspirasi.
JAN 24, 2012 = Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem,
mengatakan bahawa mereka akan bertindak tegas terhadap kumpulan bersenjata yang
baru-baru ini berani mencabar anggota keselamatan mereka.
JAN 25, 2012 = Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Arab
Syria, Dr Abd-al-Razzaq Jbeiro, dan seorang paderi Kristian, Rev. Basilious
Nasser, telah terbunuh dalam rusuhan yang berlaku di dalam Syria.
Sekurang-kurangnya 25 negara telah bersatu untuk membatalkan keahlian Syria
dalam dua pertubuhan dari tiga pertubuhan ini; United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organizations ataupun Unesco. Pertubuhan-pertubuhan ini
menangani hak asasi manusia.
JAN 30, 2012 = Pegawai British dan Perancis mengatakan
bahawa resolusi yang diusulkan oleh Liga Arab awal bulan ini, mempunyai
penyokong yang cukup untuk dibuat undian di PBB dan sekaligus berjaya memaksa
Rusia dan juga China untuk menggunakan kuasa vetonya. Jurucakap David Cameron
mengatakan bahawa Rusia ‘tidak mempunyai alasan lagi’ untuk menidakkan tindakan
PBB dan Hilary Clinton, Setiausaha Agung AS, ‘menggesa’ PBB untuk membantu
menghentikan kekejaman.
FEB 4, 2012 = Tentera Syria menyerang secara besar-besaran
di Homs dan sekurang-kurangnya 260 penduduk Syria dibunuh dalam pembunuhan
kejam itu. Kerajaan Syria menafikan serangan itu dari mereka dan menyalahkannya
sebagai serangan ‘orang yang bersenjata’. Perbincangan resolusi PBB terpaksa ditunda ke
hujung minggu kerana Rusia enggan menandatangani draf resolusi tersebut.
FEB 6, 2012 = Rusia dan China menggunakan kuasa veto mereka
dan menyifatkan resolusi PBB ke atas kerajaan Basyar sebagai ‘tidak boleh
difahami’ dan ‘tidak boleh dimaafkan’.
FEB 7, 2012 = Israel akan mengambil tindakan sewajarnya
supaya senjata kimia Syria tidak jatuh ke tangan Hizbullah di Lebanon
seandainya kerajaan Basyar jatuh.
FEB 8, 2012 = lebih dari 100 orang terbunuh dalam tempoh
kurang dari 24 jam apabila kereta kebal Basyar memasuki Homs. Antaranya ialah 3
keluarga, termasuk sekurang-kurangnya 3 bayi dan 18 bayi pra-matang apabila
sumber bekalan tenaga hospital terputus. Dalam perbualan telefon selama
setengah jam dengan Servey Lavrov, Menteri Luar Rusia, memaklumkan akan keadaan
Homs kini, Servey mengatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan Basyar
menyerang Homs. Beliau menambah lagi bahawa Basyar telah meyakinkan beliau
bahawa Basyar tidak akan menggunakan senjata yang berat ke atas rakyatnya
sendiri.
FEB 10, 2012 = Rusia menuduh Barat sebagai ‘bersubahat
dengan penjenayah’ dalam krisis Syria, dengan memaksa Basyar berundur. Sergei
Ryabkov, Timbalan Menteri Luar Rusia, menekankan bahawa Basyar akan membentuk
satu perlembagaan baru dan akan berusaha ke arah pilihan raya. Beliau
menyalahkan pihak pembangkang di Syria atas apa yang berlaku di Syria sekarang
dan berpendapat pihak pembangkang inilah yang harus bertanggungjawab dan
memikirkan cara untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut. Ryabkov menambah
lagi dengan menyatakan punca utama terjadinya begini adalah kerana kedegilan
pihak pembangkang, dan sokongan dari Barat telah menjadikan keadaan di Syria
semakin teruk. (Barat menyokong resolusi PBB yang mahu Basyar berundur)
-----------------------------------------------UPDATED-------------------------------------------------
-----------------------------------------------UPDATED-------------------------------------------------
FEB 11, 2012 = Setiausaha Luar; William Hague mengumumkan inisiatif New British untuk mengumpul bukti-bukti mengenai kekejaman yang berlaku di Syria. Satelit AS merakamkan pergerakan Tentera Syria:
|
FEB 12, 2012 = Pimpinan Al-Qaeda; Ayman al-Zawahri menggesa
warga Syria untuk tidak bergantung kepada Barat mahupun kerajaan-kerajaan Arab
dalam kebangkitan mereka menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad. “Jika kita
mahukan kebebasan, KITA mesti bebaskan diri kita dari rejim ini. Jika kita
mahukan keadilan, KITA harus berlawan dengan rejim ini.” kata Zawahri.
Selain itu, di Kaherah, Liga Arab
telah bersidang berkenaan krisis di Syria dan bersetuju untuk menarik semula
semua pemerhati yang berada di Syria, memutuskan segala hubungan diplomatik dengan
Syria dan mengadakan sekatan ekonomi. Liga Arab juga memutuskan untuk membuka
saluran komunikasi dengan pihak pembangkang Syria dan akan menberikan sokongan
dalam segala bentuk politik mahupun material.
Sementara pimpinan Arab ini
bertemu, roket-roket berterusan jatuh di kubu-kubu kuat pihak pembangkang Syria
di sekitar Homs. Para aktivis melaporkan lebih dari 500 syahid sejak 4 Februari
lepas. Krisis Syria sudah masuk bulan yang ke-sebelas, dan setakat ini mendakwa
mempunyai 5400 penduduk yang masih
hidup.
FEB 13, 2012 = Menteri Luar Rusia; Sergei Lavrov berkata
bahawa Rusia sedang meneliti usul Keamanan yang dikeluarkan oleh PBB-Liga Arab
tetapi berkeras supaya Syria mengadakan gencatan senjata sebelum usul ini boleh
diambil tindakan.
Di samping itu, Britain bersetuju
untuk menyediakan dana dan sokongan bagi misi keamanan PBB-Liga Arab tetapi
bukan bantuan dari segi ketenteraan untuk dihantar ke Syria. Rusia tetap dengan
pendiriannya mahukan gencatan senjata di Syria sebelum mereka bersetuju dengan
usul keamanan itu. China pula masih mahukan pendekatan politik untuk
menyelesaikan krisis Syria ini.
Sementara itu, kawasan kejiranan
Baba Amr diserang secara tidak berkala sejak pukul 5 pagi oleh Tentera Syria.
Para aktivis mengatakan bahawa kedengaran bunyi bom meledak dan serangan meriam
tetapi tidak dapat dipastikan jumlah yang syahid kerana talian telefon sudah
diputus.
Dilaporkan oleh : Wan Nur Azim Ezzati binti Wan Abdul Rahim