Panitia Peduli & Prihatin

Tentang Kami

Panitia Peduli dan Prihatin merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat-maklumat tentang isu polemik dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda "Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetanggamu menderita kerana kelaparan". Mari ambil cakna isu dunia.

25 October 2011

MASIHKAH ADA HARAPAN DI SOMALIA?


Somalia, satu negara yang Allah pilih untuk diuji dengan kebuluran, peperangan kaum yang tidak pernah henti sejak beberapa puluh tahun yang lalu yang mengakibatkan pelbagai sistem asasi manusia seperti sistem pengairan. Kanak-kanak Somalia pula membesar dalam keadaan yang sangat kekurangan keperluan hidup. Andai dipandang sekilas, kelihatan tulang rusuk yang tersusun sudah cukup untuk menafsirkan keperitan hidup yang dilaluinya.


Subhanallah, walaupunbegitu mereka masih taat mengamalkan suruhan Allah subhanahu wata’ala. Lihatlah para wanita  hatta kanak– kanak kecil perempuan, indah bertudung labuh menghiasi diri. Mengagumkan, pendidikan agama diterapkan sejak kecil lagi, hanya menulis di atas papan, sungguh dhaif. Tidak hairan lagi, rakyat Somalia mengamalkan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Atas dasar itulah, saudara seakidah kita perlu dibantu ini bertepatan dengan hadis Rasulullah sallallahualaiwassalam :
Terjemahan hadis :

Daripada Saiyyidina Anas Radiallahu ‘Anhu daripada Rasulullah sallallahualaiwassalam bersabda:

“Tidak beriman seorangpun dalam kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Saudara saudariku sekalian,

Tahukah anda semua, negara manakah yang pertama sekali menghantar bantuan ke Somalia? Jawapannya pasti terkejut buat siapa yang belum tahu, iaitu Gaza, Palestin. Allahuakbar, walaupun negara mereka juga penuh penderitaan akibat penjajah Israel laknatullah. Pernah diceritakan, seorang kanak– kanak Palestin meninggal dunia dan didapati poketnya penuh dengan duit syiling, apabila ditanya kepada sahabatnya, kanak- kanak tersebut mengumpul duit tersebut untuk membantu saudara di Somalia. MashaAllah, lihatlah usaha kanak- kanak tersebut. Ingatlah Allah hanya lihat usaha kita.


Akhir sekali, besarlah harapan agar pengetahuan dan kesedaran mengenai saudara kita di Somalia terus disuburkan bukan hanya bermusim. Mungkin apabila kita berjaya menjadi doktor nanti, peruntukkanlah sebahagian gaji kita untuk saudara kita di Somalia, supaya masih ada sinar dan harapan buat saudara kita di Somalia.

Wallahu a’lam.
.::SOMALIA ON CALL::.